Isnin, 28 Mac 2011

Hidup dan Mati

Kerana kau aku berada disisi
kerana kau aku seperti hari ini
perhambakan diri untuk ku
berjuang demi kehidupanku

Hidupmu penuh rajau berduri
tangismu kerana ku
ketawamu kerana ku
kau korbankan segalanya demi diriku 

Kuingin melihat sinar kebahagiaan dimata mu
ku ingin bahagiakan mu
bawa jauh dari derita
cukup sudah sengsara

Segalanya berubah
impianku hanya angan yang indah
kau pergi tanpa pesan
ku rasa sperti hilang pedoman

memori indah mengisi jiwa yang pilu
darah putih mu mengisi perutku
bumi dibasahi keringatmu
ku tak tangisi pemergian mu

Ayah Ibu ku terlalu sayangkan mu
tangisan tidak mengembalikan mu
hanya doa yang mengiringi pemergian mu
Semoga Allah Merahmati Roh mu
 

Smoga Allah merahmati roh kedua ibu bapa ku... Aminnnn....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan